ENAR kata pepatah, ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dan inilah yang telah dibuktikan oleh lebih 30 buah persatuan dan pertubuhqn bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union apabila mereka bergabung suara menghasilkan lagu ‘KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后’.
Bukan kerana lagu itu tetapi lebih kepada tujuannya di mana penerbitan lagu tersebut diusahakan sebagai salah satu langkah membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
Pelancaran lagu tema itu yang menampilkan gabungan 15 selebriti dan artis tempatan dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, ia juga diharap mampu menyuntik semangat kepada mereka agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran dengan berpegang pada istilah “sesudah ribut, datangnya pelangi”.
Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya.
Pendek kata, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.
(banyak lagi…)
(Source: https://www.farizasaidin.com/2022/01/lagu-kita-disisimu-gabungkan-artis.html)